Seluruh Dunia Terima Bonus Satu Saat Esok

Bonus Satu Saat
Seluruh Dunia Terima Bonus Satu Saat Esok

Fenomena yang sangat jarang berlaku di dunia ini akan berlaku pada esok hari. Perkara ini mungkin berlaku sekali dalam seumur hidup kita di dunia ini. Pada esok hari akan berlaku pertambahan sebanyak satu saat dari segi masa disebabkan oleh fenomena saat lompat.

Tambahan pula, pada esok hari waktu keseluruhan akan menjadi sebanyak 24 jam satu saat. Ini merupakan bonus kepada semua penduduk di dunia ini disebabkan oleh kadar putaran bumi yang perlahan di paksinya sendiri.

Selain itu, kadar putaran bumi juga menyebabkan perubahan pergerakan kutub, air laut pasang dan surut, keadaan cuaca dan keadaan di lapisan Bumi.

Putaran Bumi akan menjadi semakin perlahan atau laju disebabkan faktor-faktor ini seterusnya fenomena saat lompat ini bergantung kepada putaran Bumi. Oleh hal yang demikian, bonus satu saat akan didapati pada penghujung esok hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam