Sambutan Ulang Tahun ke-70 Tragedi Bom Atom di Hiroshima

Sambutan Ulang Tahun ke-70 Tragedi Bom Atom di Hiroshima
Sambutan Ulang Tahun ke-70 Tragedi Bom Atom di Hiroshima

Majlis telah pun diadakan oleh kerajaan Jepun untuk memperingati ulang tahun ke-70 bagi serangan bom atom pertama dunia di Hiroshima. Walaupun begitu, mangsa-mangsa yang terselamat sangat bimbangkan dengan apa yang akan berlaku kepada negara Jepun.

Perdana Menteri iaitu Shinzo Abe dalam usaha untuk meluluskan satu rang undang-undang di Parlimen supaya rentera Jepun dihantar ke zon konflik bagi pertama kalinya selepas Perang Dunia Kedua. Perkara ini telah mencetuskan bantahan besar-besaran oleh rakyat Jepun.

Rang undang-undang tersebut haruslah ditarik balik selaras dengan gesaan mangsa-mangsa yan terselamat hasil daripada satu mesyuarat yang diadakan selepas tamat program tersebut. Tragedi peperangan akan berlaku semula sekiranya perkara ini tidak dibendung.

Sambutan Ulang Tahun ke-70 Tragedi Bom Atom di Hiroshima
Sambutan Ulang Tahun ke-70 Tragedi Bom Atom di Hiroshima

Pada pukul 8.15 pagi iaitu di mana bom atom meletup di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 semua yang hadir telah bertakakur, loceng dibunyikan da beratus-ratus ekor merpati telah dilepaskan ke udara.

Senjata nuklear wajar dihapuskan mengikut gesaan yang dilakukan oleh orang ramai dan sistem keselamatan yang teratur mesti dilaksanakan bagi melindungi kepentingan orang awam.

Tragedi di Hiroshima telah mengorbankan seramai 140,000 orang melalui serangan bom atom manakala bom atom kedua telah digugurkan tiga hari kemudian di Nagasaki yang menyebabkan 40,000 orang mati serta-merta. Perang Dunia Kedua telah tamat pada tarikh 15 Ogos pada tahun 1945.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
One Comment

Leave a Reply to emalin mohd Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam