Rusia Cari 8 Angkasawan Untuk Misi Ke Bulan Tahun 2031

Rusia Cari 8 Angkasawan Untuk Misi Ke Bulan Tahun 2031
Rusia Cari 8 Angkasawan Untuk Misi Ke Bulan Tahun 2031

Berita yang menarik apabila Rusia Cari 8 Angkasawan Untuk Misi Ke Bulan Tahun 2031. Ianya telah diumumkan oleh agensi angkasa Rusia dalam proses untuk mencari angkasawan muda yang bakal menyertai projek manusia pertama negara tersebut mendarat di Bulan.

Pihak Roscosmos juga telah memaklumkan bahawa mereka mencari di antara enam sehingga lapan angkasawan yang bakal mengendalikan sebuah pesawat angkasa generasi baharu yang sedang dibangunkan.

Negara Rusia dalam usaha untuk mengembalikan semula era Kasatuan Soviet berkenaan teknologi angkasa lepas. Mereka tidak mengamalkan diskriminasi dalam mencari calon sama ada melalui jantina atau pun warna kulit.

Tambahan pula, pihak Roscosmos juga telah memberitahu bahawa mereka telah pun menerima surat permohonan sejak empat bulan yang lalu walaupun tidak mempunyai publisiti yang meluas.

Setiap dari calon angkasawan baharu ini akan mengendalikan pesawat angkasa bernama Federatsiya dan berpeluang menguruskan perjalanan program mendaratkan manusia di permukaan Bulan.

Kapal tersebut mampu untuk terbang ke Bulan dengan memuatkan empat orang angkasawan dan percubaan kali pertama akan dijalankan pada tahun 2023 dari kosmodrom atau pusat pelancaran Vostochny di timur jauh Rusia.

Selain itu, perkara utama yang diperlukan bagi merekrut angkasawan adalah calon terbabit mestilah di bawah umur 35 tahun, mempunyai ketinggian di antara 150 sehingga 190 sentimeter dan jug mempunyai berat jisim maksimum adalah 90 kilogram.

Rusia Cari 8 Angkasawan Untuk Misi Ke Bulan Tahun 2031 iaitu calon juga mesti mempunyai pengetahuan berkenaan teknologi maklumat dan mampu untuk berbahasa asing. Calon juga mestilah mempunyai ijazah kejuruteraan, pernah menjalani latihan juruterbang dan mempunyai pengalaman dalm industri penerbangan atau angkasa.

Kesihatan juga mestilah sangat mantap dengan harus menjalani ujian merentas desa berski sejauh lima kilometer disertai dengan beberapa pemeriksaan fizikal dan psikologi serta pemeriksaan kesihatan rahim bagi calon wanita.

Pada ketika ini negara Rusia telah pun mempunyai 30 angkasawan dan 14 orang daripada mereka telah pernah bertugas ke angkasa. Gennady Padalka merupakan yang paling tua dengan berumur 58 tahun di mana juga merupakan pemegang rekod dunia paling lama tinggal di angkasa. Angkasawan termuda bernama Ivan Vagner yang berumur 31 tahun.

Negara Malaysia pernah menyertai program angkasawan Rusia pada tahun 2006 dengan disertai oleh Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha muncul angkasawan pertama. Mejar Dr. Faiz Khaleed menjadi angkasawan simpanan bagi negara Malaysia. Angkasawan Syria bernama Mohammed Faris dan angkasawan Afghanistan bernama Abdul Ahad Mohamad juga turut menyertainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam