Rumah PR1MA di 6 Stesen LRT

Rumah PR1MA di 6 Stesen LRT

Rumah PR1MA di 6 Stesen LRT

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Bhd akan membina 4,000 unit rumah mampu milik di enam lokasi stesen transit aliran ringan (LRT) melibatkan perkongsian strategik dengan Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana).

PR1MA akan membina pangsapuri di kawasan sekitar stesen LRT kendalian Prasarana.

Syarikat tersebut merancang untuk membina 2,000 unit rumah pangsapuri di Pandan Jaya, Pandan Indah, dan Taman Cempaka, Kuala Lumpur.

2,000 lagi unit rumah pangsapuri akan dibina di kawasan tiga stesen LRT yang bakal dibina di Jelatek, Glenmarie dan Putra Heights.

Pangsapuri dibina berukuran antara 750 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi.

Harga bagi unit rumah ini akan diumumkan kemudian yang ditetapkan 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran bagi unit sama di kawasan persekitarannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam