Rumah Kedai Tertua di Kuala Nerang Kedah Terbakar

Rumah Kedai Tertua di Kuala Nerang Kedah Terbakar

Rumah Kedai Tertua di Kuala Nerang Kedah Terbakar
Rumah Kedai Tertua di Kuala Nerang Kedah Terbakar

Suatu tragedi yang menggemparkan seluruh warga Kuala Nerang telah berlaku di negeri Kedah Darul Aman. Rumah kedai tertua di Kuala Nerang Kedah terbakar telah berlaku pada 7 September 2015.

Pihak Bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian di mana kebakaran tersebut telah berlaku pada pukul 3.21 pagi. Beberapa kedai terlibat dalam kejadian tersebut kerana kedai-kedai tersebut berada dalam keadaan barisan yang sama.

Mayat warga emas yang dikenali sebagai Lau Pit Su berumur 72 tahun telah terperangkap dalam kebakaran tersebut. Mendiang telah ditemui pada pukul 2.25 pagi pada hari berikutnya di bawah timbunan batu konkrit dan barangan.

Rumah kedai tertua di Kuala Nerang Kedah terbakar telah menyebabkan pencarian mangsa mengambil masa yang lama iaitu selama 20 jam berikutan bangunan telah musnah sepenuhnya dan pihak bomba terpaksa mengalihkan timbunan-timbunan barang dan konkrit.

Tambahan pula, anjing pengesan yang digunakan dalam operasi ini turut gagal mencari mangsa disebabkan oleh barang-barang dan konkrit. Setelah mayat mangsa ditemui didapati mangsa telah terbakar lebih kurang 40 peratus dan pihak bomba mengambil masa selama satu jam untuk mengeluarkannya.

Orang ramai berpusu-pusu untuk melihat sendiri kemusnahan akibat kebakaran tersebut dan juga untuk mendapatkan maklumat yang terkini berkenaan kebakaran tersebut. Kebakaran yang menyebabkan kematian ini amatlah dirasai terutama kepada orang ramai yang rapat dengan mendiang Lau Pit Su. Warga Kuala Nerang di daerah Padang Terap berharap supaya kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi di kawasan Kuala Nerang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam