Presiden Perancis Emmanuel Macron Balas Puisi Gadis 13 Tahun

Presiden Perancis Emmanuel Macron Balas Puisi Gadis 13 Tahun

Presiden Perancis Emmanuel Macron Balas Puisi Gadis 13 Tahun
Presiden Perancis Emmanuel Macron Balas Puisi Gadis 13 Tahun

Berita yang bagus apabila seorang Presiden Perancis Emmanuel Macron Balas Puisi Gadis 13 Tahun. Ianya sangat mengagumkan bagi seorang presiden apabila mempunyai kesempatan untuk menulis puisi kepada seorang gadis.

Puisi yang mempunyai bait-bait yang indah ini menjadi berita yang sensasi apabila telah pun disiarkan bukan sahaja dalam bahasa Perancis tetapi turut juga mempunyai versi Inggeris.

Tambahan pula, ianya menjadi kejutan kepada gadis tersebut yang tidak menyangka puisi yang dihasilkan akan mendapat balasan dari seorang Presiden Perancis.

Emmanuel Macron menghasilkannya sebagai tanda ucapan terima kasih dan juga sempena hari lahir Sophie yang sebelum ini telah menghantar puisi berkenaan Menara Eiffel kepadanya.

Gadis yang menetap di Britain telah menulis puis pada bulan April 2017 selepas berasa seronok terhadap mercu tanda pencakar langit ketika melancong ke Paris bersama dengan keluarganya.

Puis bertajuk ‘Centre of Attention’ berbunyi seperti “Ia ada empat kaki yang indah, yang membantunya berdiri teguh penuh bangga; Dari atas ia memandang kita semua, dengan kepalanya di atas awan.

“Ia anggun dan menggapai langit, dengan skirt berenda yang cantik, walaupun menatapnya penuh kagum, ia tidak akan lenyap dari pandangan matamu.”

Gadis bernama Sophie ini menghantar puisi ke Istana Élysée iaitu yang merupakan kediaman kepada Presiden Perancis semasa lawatannya ke Perancis.

Presiden Perancis Emmanuel Macron Balas Puisi Gadis 13 Tahun menerusi Kedutaan Perancis semasa hari lahir Sophie. Presiden berasa sangat tersentuh dengan puisi tersebut dan juga menulis puisi berkaitan Menara Eiffel.

Puisi tersebut yang dihasilkan dalam bahasa Perancis tetapi pihak kedutaan juga telah memberikan satu puisi yang sama yang telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris yang diberikan kepada Sophie.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam