Pesawat Trigana Air IL 267 Hilang di Ruang Udara Papua

Pesawat Trigana Air IL 267 Hilang di Ruang Udara Papua
Pesawat Trigana Air IL 267 Hilang di Ruang Udara Papua

Berita tergempar diketahui yang berlaku di Indonesia iaitu sebuah pesawat Trigana Air IL 267 telah pun dilaporkan hilang. Pesawat tersebut telah terputus hubungan dengan menara kawalan apabila berada di kawasan berhampiran Papua.

JA Barata selaku Ketua Jabatan Udara Kemenhub telah menyatakan bahawa pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Sentani di Jayapura pada pukul 2.22 petang (waktu tempatan). Pesawat tersebut yang sedang menuju ke Lapangan Terbang Oksibil di Papua yang dijangka tiba pada pukul 3.04 petang (waktu tempatan).

Selain itu, pesawat Trigana Air IL 267 telah membawa penumpang seramai 49 orang termasuklah dua orang bayi dan lima kru. Hubungan di antara pesawat dengan menara kawalan telah terputus pada pukul 2.55 petang pada waktu tempatan.

Pasukan untuk mencari dan menyelamat (SAR) telah pun diarahkan untuk ke lokasi terakhir pesawat dikesan tetapi pasukan SAR mengalami masalah akibat cuaca yang buruk. Justeru, semua pihak berharap supaya pesawat tersebut dapat dijumpai semula dan semuanya berada dalam keadaan yang selamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam