Pesawat TransAsia Airways Terhempas ke Sungai Keelung Taipei Taiwan

Pesawat TransAsia Airways Terhempas ke Sungai Keelung Taipei Taiwan
Pesawat TransAsia Airways Terhempas ke Sungai Keelung Taipei Taiwan

Berita terbaru yang diketahui bahawa sebuah pesawat ATR-72 yang dimiliki oleh TransAsia Airways telah terhempas ke dalam Sungai Keelung di Taipei, Taiwan selepas berlanggar dengan jejambat.

Pesawat TransAsia Airways Terhempas ke Sungai Keelung Taipei Taiwan
Pesawat TransAsia Airways Terhempas ke Sungai Keelung Taipei Taiwan (Sumber AFP)

Pesawat tersebut baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Songshan untuk ke Lapangan Terbang Kinmen. Beberapa imej pada saat-saat terakhir telah menjadi viral sebelum pesawat itu terhempas telah berjaya dirakam pengguna jalan raya.

Pesawat TransAsia Airways Terhempas ke Sungai Keelung Taipei Taiwan
Pesawat TransAsia Airways Terhempas ke Sungai Keelung Taipei Taiwan (Sumber Reuters)

Laporan menunjukkan bahawa terdapat 58 orang penumpang termasuk anak kapal. 9 penumpang telah pun disahkan meninggal dunia manakala 16 orang mangsa telah berjaya diselamatkan.

Pesawat TransAsia Airways Terhempas ke Sungai Keelung Taipei Taiwan
Pesawat TransAsia Airways Terhempas ke Sungai Keelung Taipei Taiwan (Sumber AFP)

Beberapa penumpang yang lengkap dengan jaket keselamatan berenang ke tebing sungai bagi menyelamatkan diri. Baki 33 lagi penumpang dilaporkan masih lagi hilang. Kerja-kerja menyelamat giat dijalankan oleh jabatan bomba dan mangsa-mangsa terselamat telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Pesawat TransAsia Airways Terhempas ke Sungai Keelung Taipei Taiwan
Pesawat TransAsia Airways Terhempas ke Sungai Keelung Taipei Taiwan (Sumber AFP)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam