Pesawat Pengangkutan Tentera Indonesia Terhempas di Pergunungan

Pesawat Pengangkutan Tentera Indonesia Terhempas di Pergunungan

Pesawat Pengangkutan Tentera Indonesia Terhempas di Pergunungan
Pesawat Pengangkutan Tentera Indonesia Terhempas di Pergunungan

Berita yang menyedihkan apabila pesawat pengangkutan tentera Indonesia terhempas di pergunungan. Seramai 13 penumpang telah maut akibat kejadian yang tragis ini.

Pesawat Hercules C-130 telah memulakan penerbangan dari bandar Timika di Papua dengan membawa 12 orang anak kapal dan seorang penumpang. Pesawat tersebut terhempas di kawasan pergunungan yang berdekatan dengan Wamena ketika dalam jadual untuk mendarat.

Selain itu, pemantauan di udara telah pun mengesahkan pesawat tersebut pada pukul 6.08 pagi waktu tempatan tetapi seminit kemudian pesawat tersebut hilang dari perhubungan.

Berita berkenaan pesawat ini telah membawa tiga orang juruterbang, lapan juruteknik, seorang penunjuk arah dan seorang pegawai tentera. Ianya juga turut memuatkan bekalan makanan dan simen.

Keadaan cuaca di kawasan pergunungan tersebut tidak boleh diramal di mana pesawat terbang masuk dan keluar daripada kepulan awan sebelum ianya terhempas.

Pesawat pengangkutan tentera Indonesia terhempas di pergunungan di mana mayat-mayat sudah pun dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas mereka mengesan lokasi pesawat terhempas tersebut. Pesawat ini dijadualkan mendarat pada pukul 6.13 pagi waktu tempatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam