Pesara Kerajaan dan Tentera Dapat Diskaun 50 Peratus ETS Intercity

Pesara Kerajaan dan Tentera Dapat Diskaun 50 Peratus ETS Intercity

Pesara Kerajaan dan Tentera Dapat Diskaun 50 Peratus ETS Intercity
Pesara Kerajaan dan Tentera Dapat Diskaun 50 Peratus ETS Intercity

Berita yang menarik berkenaan pesara kerajaan dan tentera dapat diskaun 50 peratus ETS Intercity. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun ini bagi perjalanan Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) dan Intercity. Ianya untuk pesara kerajaan dan juga untuk Angkatan Tentera berpencen serta isteri mereka.

Tambahan pula, Siti Badariah Wan Hanafi selaku Pengurus Komunikasi Korporat KTMB telah menyatakan bahawa perkara ini telah pun bermula sejak hari Ahad sebelum ini. Ia merupakan tambahan sebanyak 10 peratus kerana sebelum ini diskaun hanya sebanyak 40 peratus.

Selain itu, berita berkenaan diskaun ini adalah terpakai untuk semua perkhidmatan ETS dan Intercity kecuali perkhidmatan yang melibatkan shuttle Tebrau JB Sentral-Woodslands-JB Sentral.

Diskaun yang bernilai 50 peratus sebelum ini hanya ditawarkan kepada warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) sahaja. Sehubungan dengan perkara ini, ianya dapat dimanfaatkan oleh pesara kerajaan dan tentera berpencen.

Pesara Kerajaan dan Tentera Dapat Diskaun 50 Peratus ETS Intercity di mana tiket ini boleh dibeli di kaunter tiket KTMB dengan menunjukkan salinan asal kad pesara daripada Jabatan Perkhidmatan Awam atau Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia dengan kad pengenalan

Maklumat-maklumat yang terkini boleh didapatkan dengan menghubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau boleh melayari laman web www.ktmb.com.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam