Pertandingan Larian Lasak Sungai Menyala Forest Trail 9 April 2017

Pertandingan Larian Lasak Sungai Menyala Forest Trail 9 April 2017

Pertandingan Larian Lasak Sungai Menyala Forest Trail 9 April 2017
Pertandingan Larian Lasak Sungai Menyala Forest Trail 9 April 2017

Berita yang sememangnya terbaik bagi penggemar larian lasak apabila Pertandingan Larian Lasak Sungai Menyala Forest Trail 9 April 2017. Ia bakal diadakan di Pusat Pelancongan Eco-Edutourism Hutan Simpan Sungai Menyala pada hari Ahad minggu hadapan.

Tambahan pula, berita berkenaan pertandingan ini telah pun termasuk dalam sirkit larian antarabangsa yang diberi nama ‘Asia Trail Master’ yang merangkumi larian denai di seluruh asia.

Setakat pada hari ini, seramai 320 orang peserta telah pun membuat pendaftaran yang terdiri dari negara Malaysia, Brunei, Kanada, Sepanyol, Perancis, Great Britain, Indonesia, Itali, Jepun, Filipina, Singapura dan Thailand.

Selain itu, pertandingan ini dijalankan untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas dengan dibahagikan kepada 3 kategori mengikut jarak larian iaitu 10 kilometer, 25 kilometer dan 50 kilometer. Terdapat juga kategori yang dinamakan ‘Kid Dash‘ bagi kanak-kanak yang berumur di antara 7 sehingga 12 tahun.

Para peserta yang menyertai pertandingan ini akan mendapat markah dan juga ranking setiap kali selesai acara pertandingan untuk mendapatkan juara keseluruhan. Ianya melihat kepada jumlah markah yang didapatkan daripada 5 pertandingan terbaik yang telah pun disertai oleh para peserta.

Lima peserta pertama dari setiap kategori yang dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan wanita akan menerima trofi pemenang dan barangan daripada penaja.

Malatra Venture merupakan penganjur pertandingan ini dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Kawasan di Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala telah dijadikan tempat untuk bertandingan kerana ianya mempunyai trek sedia ada di dalam kawasan hutan Dipterokarp Tanah Pamah yang dipenuhi dengan keindahan flora dan fauna yang bertepatan dengan keadaan larian tersebut.

Lokasi yang dipilih juga adalah berhampiran dengan Kuala Lumpur dan memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ia menjadi daya tarikan utama untuk menarik lebih ramai lagi pelari antarabangsa untuk menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan Larian Lasak Sungai Menyala Forest Trail 9 April 2017 adalah kali pertama diadakan di Negeri Sembilan dan bakal menjadi acara tahunan untuk mempromosikan produk ekopelancongan khususnya di Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala.

Maklumat mengenai pertandingan tersebut boleh didapatkan di laman sosial Facebook Sungai Menyala Forest Trail 2017.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam