Perniagaan Gajet di Bangunan Mara Peluang Terbaik Bumiputera

Perniagaan Gajet di Bangunan Mara Peluang Terbaik Bumiputera

Perniagaan Gajet di Bangunan Mara Peluang Terbaik Bumiputera
Perniagaan Gajet di Bangunan Mara Peluang Terbaik Bumiputera

Cetusan idea yang menarik telah dihasilkan yang bakal direalisasikan dengan kerjasama dengan pihak Majlis Amanah Rakyat atau pun Mara. Perniagaan ini bakal melibatkan penjualan alat komunikasi dan gajet elekronik di Bangunan Mara.

Perniagaan ini bukanlah untuk membangkitkan unsur perkauman tetapi untuk mencontohi konsep perniagaan yang telah berjaya dilaksanakan di Plaza Low Yat di Bukit Bintang.

Tan Sri Annuar Musa yang dilantik semula sebagai Pengerusi Mara telah menyatakan bahawa perniagaan ini adalah untuk membantu peniaga Bumiputera menjalinkan kerjasama yang erat dengan pengedar, pembekal dan juga syarikat telekomunikasi yang berbilang kaum.

Rancangan untuk membuka perniagaan di Tingkat Tiga Bangunan Mara langsung tidak menyebabkan unsur perkauman malahan perniagaan ini sememangnya melibatkan pengguna pelbagai kaum yang membeli alat-alat telekomunikasi yang mereka suka.

Justeru, Bangunan Mara ini menjadi platform terbaik buat peniaga Bumiputera untuk memajukan diri sendiri dan berjaya setanding dengan peniaga-peniaga bukan Bumiputera yang lain. Peluang ini harus direbut oleh peniaga-peniaga Bumiputera dan menjadikan Plaza Low Yat sebagai rujukan dalam bentuk yang positif untuk berjaya dalam perniagaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam