Perkhidmatan Wifi Percuma Buat Pendaki di Gunung Everest

Perkhidmatan Wifi Percuma Buat Pendaki di Gunung Everest

Perkhidmatan Wifi Percuma Buat Pendaki di Gunung Everest
Perkhidmatan Wifi Percuma Buat Pendaki di Gunung Everest

Berita yang sangat baik apabila Perkhidmatan Wifi Percuma Buat Pendaki di Gunung Everest akan diwujudkan tidak lama lagi. Ianya bakal melibatkan Gunung Everest dan juga Annapurna yang bermula bulan hadapan.

Berita yang melibatkan perkhidmatan wifi akan menyediakan perhubungan di kawasan tersebut dalam keadaan yang terbaik buat semua pendaki semasa melakukan pendakian di puncak yang paling tinggi di dunia.

Digambar Jha yang merupakan Pengerusi Lembaga Te­lekomunikasi Nepal (NTA) telah menyatakan bahawa perancangan ini dilakukan dengan menyediakan zon wifi di sepanjang Kem Pusat Lukla-Everest dan kawasan Annapurna.

Tambahan pula, kemudahan yang disediakan tersebut akan menjadikan perkhidmatan wifi paling tinggi di dunia apabila mula beroperasi di kem pusat Everest. Ketinggian pusat tersebut adalah 5,360 meter dari paras aras laut.

Gelombang wifi boleh diperolehi walaupun pendaki berada di altitud yang lebih tinggi daripada kem tersebut. Lembaga Te­lekomunikasi Nepal juga bercadang bagi meluaskan perkhidmatan wifi ke kawasan-kawasan Himalaya yang lain.

Selain itu, komunikasi yang bagus dapat digunakan di antara pendaki dapat dipermudahkan di kawasan pergunungan ini dan juga dapat memberikan bantuan sekiranya berlaku sebarang bencana alam di kawasan tersebut.

Pada masa sekarang ini, para pendaki hanya boleh menggunakan telefon satelit yang sangat mahal supaya dapat berkomunikasi di antara mereka semasa berada di puncak. Telefon ini perlu dimiliki dan perlu digunakan dengan sebaik-baiknya semasa dalam tempoh pendakian.

Walaupun begitu, teknologi yang ada dalam beberapa hari lagi bakal membolehkan gelombang wifi akan berada berhampiran dengan puncak Everest di mana para pendaki boleh mendapat manfaat daripadanya. Pendaki semestinya akan berasa gembira dengan teknologi ini yang dapat menghubungkan dengan semua pendaki.

Perkhidmatan Wifi Percuma Buat Pendaki di Gunung Everest akan beroperasi dengan menggunakan ‘Model Okumura‘ iaitu daripada kabel gentian optik yang berkos rendah untuk menggunakan internet yang berkelajuan tinggi. Gentian optik khas ini adalah tahan kepada cuaca yang melampau dan juga kepada bencana runtuhan ais. Semoga perkhidmatan ini dapat memberikan kemudahan yang terbaik buat semua pendaki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam