Penjawat Awam Melebihi 71000 Orang Telah Bersara Awal

Penjawat Awam Melebihi 71000 Orang Telah Bersara Awal

Penjawat Awam Melebihi 71000 Orang Telah Bersara Awal
Penjawat Awam Melebihi 71000 Orang Telah Bersara Awal

Berita berkaitan dengan penjawat awam melebihi 71000 orang telah bersara awal merupakan perkara yang menarik untuk dikongsikan dengan semua pihak. Ianya mendapat kelulusan dari tahun 2006 sehingga tahun 2016 mengikut apa yang dikatakan oleh Datuk Seri S.K Devamany iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Banyak faktor yang telah mempengaruhi penjawat awam untuk memilih bersara awal sama ada disebabkan oleh masalah kesihatan, memulakan perniagaan, menerima tawaran pekerjaan lain yang menarik, tidak berupaya untuk menerima bebanan tugas dan ingin memberikan perhatian kepada keluarga.

Berita Semasa Online berkaitan bilangan dan punca penjawat awam berbuat demikian bagi tempoh 10 tahun ini telah tidak memberikan impak kepada proses kelancaran berkaitan mutu perkhidmatan awam di negara Malaysia. Ianya dapat diatasi dengan sebaik-baiknya oleh perkhidmatan awam.

Penjawat awam melebihi 71000 orang telah bersara awal telah pun diisi dengan kenaikan pangkat pegawai yang ada atau pun melalui pelantikan yang baharu.

Selain itu, terdapat 1,464,702 jawatan yang berada di dalam perkhidmatan awam dan daripada jumlah tersebut sebanyak 1,264,842 telah diisi sehingga Oktober 2016. Semua penjawat awam mestilah melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya untuk memacu negara Malaysia ke arah yang lebih baik dan berdaya saing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam