Pengeluaran Caruman KWSP Kekal Umur 55 Tahun

Pengeluaran Caruman KWSP Kekal Umur 55 Tahun
Pengeluaran Caruman KWSP Kekal Umur 55 Tahun

Kumpulan Simpanan Wang Pekerja merupakan duit simpanan yang paling berharga buat para pekerja di sektor swasta di mana ianya merupakan jaminan mereka semasa bersara kelak daripada sektor pekerjaan.

Ianya menjadi isu utama yang berlegar-legar di semua media massa kerana mungkin akan terdapat peningkatan dari segi umur untuk mengeluarkan caruman KWSP berikut daripada umur 55 tahun ke umur 60 tahun.

Akhirnya, pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa semua pencarum mempunyai hak untuk mengeluarkan caruman KWSP pada umur 55 tahun.

Pengumuman tersebut sama sekali telah melegakan pekerja-pekerja sektor swasta yang berjumlah lebih kurang 14.2 juta pencarum mengenai status simpanan mereka selepas bersara.

KWSP juga bakal memastikan proses berkaitan caruman akan ditambahbaikkan sekiranya para pekerja akan terus bekerja melepasi umur 55 tahun.

Pekara ini membuatkan mereka akan merasai hasil titik peluh KWSP mereka pada umur 55 tahun di samping akan memberikan pelindungan kepada mereka jika mereka bersara pada umur 60 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam