Pengantin Perempuan di China Diseret Sebab Gila Game Online

Pengantin Perempuan di China Diseret Sebab Gila Game Online

Pengantin Perempuan di China Diseret Sebab Gila Game Online
Pengantin Perempuan di China Diseret Sebab Gila Game Online

Berita mengejutkan di China apabila pengantin perempuan diseret sebab gila game online League Of Legends. Pengantin perempuan tersebut tidak mahu meninggalkan game tersebut untuk menghadiri majlis perkahwinan sendiri.

Berita ini telah pun dirakam dan dimuat naik dalam media sosial yang menjadi viral akibat daripada tindakan wanita tersebut.

Wanita tersebut memakai pakaian pengantin dengan siap bermekap berada di sebuah pusat komputer dengan bermain game di situ.

Tambahan pula, bakal suami, keluarga mertua dan iparnya pergi ke pusat komputer tersebut dan berusaha memujuknya untuk pergi ke majlis perkahwinannya.

Wanita tersebut enggan berganjak dari pusat komputer dan telah dipujuk oleh bakal ibu mertuanya dan juga oleh bakal bapa mertuanya. Wanita tersebut juga dipujuk oleh bakal suaminya tetapi tidak diendahkan.

Selepas semuanya merayu tetapi tidak dipedulikan oleh wanita tersebut maka semuanya menarik keluar wanita tersebut ke majlis perkahwinan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam