Pengalaman Makan Laksa Power Pulau Langkawi Kedah

Pengalaman Makan Laksa Power Pulau Langkawi Kedah
Gerai Laksa Power

Semua orang yang pergi melancong kat mana-mana tempat di dunia ni mesti akan mencari tempat makan yang paling terbaik dan halal untuk dimakan. Alang-alang kami ni dah menginap di One Hotel Helang Langkawi Kedah jadi kami pun nak la mencuba makanan yang terdapat dekat-dekat dengan hotel tersebut.

Pengalaman Makan Laksa Power Pulau Langkawi Kedah
Gerai Laksa Power

Salah satu tempat menarik mengenai makanan tak lain tak bukan ialah Gerai Laksa Power Pulau Langkawi yang hanya beberapa ratus meter daripada One Hotel Helang Langkawi. Ianya mengambil masa lebih kurang 10 minit dengan menaiki kereta dan kalau berjalan kaki mesti dah berpeluh satu badan sebab mengambil masa 20 sehingga 25 minit.

Pengalaman Makan Laksa Power Pulau Langkawi Kedah
Pemandangan indah tepi pantai sambil makan dan minum

Sesekali tengok juga pelancong daripada negara luar dengan slumbernya mengayuh basikal di bawah panas matahari terik sebab kalau kita ni rakyat Malaysia mesti dah pengsan tepi jalan sebab terlalu panas.

Pengalaman Makan Laksa Power Pulau Langkawi Kedah
Van Laksa Power

Tambahan pula, Gerai Laksa Power ni hanya dibuka pada waktu siang ja tau sebab waktu malam tidak dibuka. Kawasan jalan di sini pada waktu malam sangat gelap dengan tiada lampu jalan. Gerai ni terletak di antara Langkawi International Airport menghala ke arah Pantai Cenang Langkawi. Ianya terletak di tepi jalan yang berdekatan dengan pantai dan memang seronok dapat makan di sini dengan bunyi angin dan ombak di tepi pantai.

Pengalaman Makan Laksa Power Pulau Langkawi Kedah
Laksa Power

Makanan yang ada di sini bukan sahaja Laksa Power yang sememangnya sedap dan kalau makan rasa nak tambah lagi. Makanan-makanan lain yang ada di sini seperti Rojak Mee, Rojak Buah, Rojak Mahsuri dan sebagainya. Minuman-minuman pula seperti Cendol, Air Kelapa, Air Oren dan lain-lain. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan daripada RM 3 dan ke atas.

Pengalaman Makan Laksa Power Pulau Langkawi Kedah
Rojak Mee

Pelancong-pelancong yang datang ke Pulau Langkawi patut mencuba keenakan makanan dan minuman yang terdapat di sini kerana ianya salah satu tempat yang patut dikunjungi apabila melawat Pulau Langkawi. Justeru, rajin-rajin ya melayari blog Berita Semasa Online untuk membaca entri-entri terkini daripada saya.

Pengalaman Makan Laksa Power Pulau Langkawi Kedah
Kemeriahan pesanan makanan dan minuman daripada pelanggan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

4 Comments

Leave a Reply to beritasemasaonline Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam