Pengadil Mark Clattenburg Henti Perlawanan Bola Sepak Bagi Hormati Azan

Pengadil Mark Clattenburg Henti Perlawanan Bola Sepak Bagi Hormati Azan

Pengadil Mark Clattenburg Henti Perlawanan Bola Sepak Bagi Hormati Azan
Pengadil Mark Clattenburg Henti Perlawanan Bola Sepak Bagi Hormati Azan

Berita terbaik yang harus dipuji apabila Pengadil Mark Clattenburg Henti Perlawanan Bola Sepak Bagi Hormati Azan. Perkara ini sememangnya menjadi tular di seluruh dunia.

Tambahan pula, berita ini terjadi ketika beliau sedang mengendalikan perlawanan bola sepak di antara Al Feiha menentang Al-Fateh di Stadium Bandar Raya Sukan Raja Salman Abdulaziz di Al Majma’ah dekat Riyadh iaitu bagi Liga Arab Saudi.

Mark Clattenburg secara tiba-tiba telah pun menghentikan perlawanan semasa azan fardu Maghrib berkumandang dari sebuah masjid berdekatan dan aksi yang menarik serta bertanggungjawab ini turut ditayangkan secara langsung di televisyen.

Selain itu, bekas pengadil ternama bagi Liga Juara-Juara Eropah yang berumur 42 tahun berasal dari Durham, England telah mendapat pujian di seluruh dunia akibat menghentikan perlawan tersebut ketika azan.

Perlawan dihentikan pada minit kelima masa tambahan dengan jaringan pada ketika itu terikat dengan 1-1 dan sejurus perlawanan disambung semula para pemain Al-Feiha telah menjaringkan gol pada minit ke-118 untuk layak ke perlawanan suku akhir.

Perlawanan bola sepak ini telah pun bermula pada pukul 4 petang dan apabila perlawanan ini telah memasuki minit ke-94 azan pun berkumandang bagi bermulanya waktu Maghrib di wilayah Umm Al Qura pada hari berkenaan kira-kira 5.36 petang.

Mark Clattenburg dengan serta-merta telah melihat pengadil keempat iaitu Muhammed Alqarn dan dengan tindakan yang segera meniup wisel bagi menghentikan sementara perlawanan. Beliau berasa baik dengan prosedur tersebut dan membiarkan pemain bersedia bagi menyambung perlawanan apabila azan sudah berakhir.

Pengadil Mark Clattenburg Henti Perlawanan Bola Sepak Bagi Hormati Azan cuma dibayar £100,000 (RM550,000) setahun dengan pakej £1,100 (RM6,023) bonus setiap perlawanan kerana beliau berminat dengan suasana di negara Arab.

Mark Clattenburg sentiasa mengadakan seminar dan kempen kesedaran kepada pengadil supaya mereka lebih bijak untuk mengadili perlawanan dan supaya dapat mendidik sikap penyokong supaya berkelakuan baik semasa dan selepas perlawanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam