Pendaki Gunung Fuji Jepun Mempunyai Kemudahan Wi-fi

Pendaki Gunung Fuji Jepun Mempunyai Kemudahan Wi-fi
Pendaki Gunung Fuji Jepun Mempunyai Kemudahan Wi-fi

Perkara terbaru yang berlaku di negara luar apabila perkhidmatan wi-fi telah pun diadakan di Gunung Fuji yang terletak di Pulau Honshu, Jepun. Wi-fi ini akan memudahkan para pendaki untuk melayari internet semasa sedang mendaki gunung.

Kerajaan Jepun memaklumkan bahawa pendaki dapat melayari laman sosial Facebook di samping dapat memeriksa keadaan cuaca. Tambahan pula, mereka dapat menghubungi pihak keselamatan apabila mempunyai masalah apabila berada di atas gunung.

Kerjasama telah dijalinkan dengan sebuah syarikat telekomunikasi iaitu NTT Docomo bagi menyediakan lapan pusat wi-fi di kawasan gunung tersebut. Selain itu, sebilangan chalet dan resort juga dilengkapi dengan kemudahan wi-fi.

Satu kata laluan khas akan diberikan kepada setiap pengunjung yang boleh digunakan sehingga 72 jam kerana dimaklumkan bahawa terdapat ramai penggodam di kawasan pergunungan tersebut.

Perkhidmatan tersebut hanya boleh digunakan sehingga bulan September 2015 dan diharapkan perkhidmatan wi-fi ini dilanjutkan dengan lebih lama kerana ianya sangat berguna khususnya pada masa-masa kecemasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam