Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Dilancarkan Perdana Menteri

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Dilancarkan Perdana Menteri
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Dilancarkan Perdana Menteri

Fasa pertama pembinaan Lebuhraya Pan Borneo telah pun dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Razak di Hentian Rawat dan Rehat Simpang Bakun. Lebuhraya tersebut yang menelan belanja sebanyak RM 15 bilion mempunyai jarak sepanjang 1,076 kilometer.

Tambahan pula, Lebuhraya Pan Borneo tersebut bakal dibina dari Tanjung Datu di Barat Sarawak sehingga ke Merapok di Sabah. Projek ini dijangka akan siap semuanya menjelang tahun 2023.

Perkara bersejarah ini hampir 50 tahun ditunggu oleh rakyat Sabah dan Sarawak akhirnya menjadi kenyataan kerana mereka akan mendapat sistem jalan raya yang terbaik.

Perkara lain yang menggembirakan rakyat Sabah dan Sarawak ialah Lebuhraya Pan Borneo tersebut tidak akan dikenakan sebarang tol kerana ianya merupakan jalan utama yang akan digunakan oleh penduduk.

Selain itu, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo ini akan membuka peluang kepada penduduk-penduduk dari Tanjung Datu sehingga ke Merapok. Kerajaan hanya akan memberikan tender kontrak kepada kontraktor tempatan yang terdiri di kalangan anak Sarawak sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam