Pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa Ketiga Bermula 28 Ogos 2019
Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibayar oleh pihak kerajaan bermula Rabu ini mengikut berita.
Pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa Ketiga Bermula 28 Ogos 2019.
Hampir 3.6 juta penerima akan menerima maanfaat melalui peruntukan sebanyak RM1.23 bilion.
Kementerian Kewangan telah memaklumkan perkara tersebut melalui kenyataan yang dikeluarkan.
Fasa ketiga akan dikreditkan terus ke akaun bank menggunakan maklumat akaun semasa pembayaran fasa kedua.
RM2.85 bilion telah pun disalurkan kepada isi rumah yang diluluskan sebelum ini.
Pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa Ketiga 28 Ogos 2019
Bayaran Fasa Pertama dan Fasa Kedua sudah dibayar pada bulan Januari 2019 dan Mei 2019.
Ini termasuklah bayaran tambahan RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksimum 4 orang.
Anak tanggungan adalah anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak OKU tanpa had umur.
Keluarga pendapatan isi rumah bawah RM2,000 menerima RM1,000. Fasa ketiga ini adalah RM400 yang akan dibuat.
Fasa pertama dan fasa kedua sudah dibayar berjumlah RM600.
Penerima pendapatan isi rumah RM2,001 sehingga RM3,000 akan menerima jumlah keseluruhan RM750.
Tiga fasa melibatkan bayaran RM300 (fasa pertama), RM150 (fasa kedua) dan RM300 (fasa ketiga).
Keluarga berpendapatan RM3,001 sehingga RM4,000 menerima RM500 menerusi tiga fasa.
Bayaran melibatkan RM300 (fasa pertama), RM100 (fasa kedua) dan RM100 (fasa ketiga).
Kementerian Kewangan juga memaklumkan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.
Penerima juga boleh menyemak maklumat lanjut di laman web BSH.