Pemain Bola Sepak Wayne Rooney Kembali Sertai Kelab Everton

Pemain Bola Sepak Wayne Rooney Kembali Sertai Kelab Everton
Pemain Bola Sepak Wayne Rooney Kembali Sertai Kelab Everton

Berita terbaru yang diketahui bahawa Pemain Bola Sepak Wayne Rooney Kembali Sertai Kelab Everton. Rooney telah bersama-sama Manchester United selama 13 tahun dan mengambil keputusan untuk berhijrah.

Berita berkenaan Wayne Rooney telah melakukan penghijrahan tersebut setelah kelab Everton telah bersetuju dengan nilai perpindahan yang ditetapkan oleh Manchester United tetapi nilai tersebut tidak didedahkan oleh kedua-dua pihak. Nilai perpindahan tersebut tidak dapat diketahui oleh semua pihak di mana menjadi rahsia di antara kedua-dua kelab.

Bintang bola sepak yang sekarang ini berumur 32 tahun telah pun bersetuju dengan kontrak selama dua tahun yang akan bermain di Goodison Park selepas lulus menjalani ujian kesihatan yang telah diadakan babru-baru ini.

Tambahan pula, Wayne Rooney telah berpindah dari Everton ke Manchester United pada tahun 2004 dengan nilai perpindahan 27 juta Pound Sterling (RM149 juta) yang menjadikan beliau sebagai pemain remaja termahal di dunia pada masa tersebut.

Beliau merupakan pemain yang berasal dari Croxteth, Liverpool telah pun berjaya memenangi 12 trofi dalam tempoh 13 tahun termasuk lima gelaran Liga Perdana, tiga Piala Liga, Piala FA, Liga Juara-Juara dan Liga Eropah.

Wayne Rooney telah menjadi kapten kelab Manchester United pada tahun 2014 selepas dilantik oleh pengurus Louis van Gaal pada ketika itu dan telah memecahkan rekod jaringan yang dihasilkan oleh Bobby Charlton dengan menghasilkan 253 gol dalam 559 penampilan.

Pengurus Manchester United yang terkini iaitu Jose Mourinho telah menyatakan bahawa Rooney merupakan seorang yang profesional sepanjang karier dan akan terus kekal dalam buku sejarah bagi tempoh masa yang lama.

Rooney merupakan seorang pemain yang hebat untuk dilepaskan pergi dan pihak kelab tidak boleh menghalangnya apabila beliau memeinta untuk kembali ke kelab Everton.

Pengalaman Wayne Rooney adalah amat bernilai dan mempunyai fokus yang tinggi seterusnya pihak kelab Manchester United mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau semasa berada di kelab Everton.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam