Pelawak Harith Iskander Juara Funniest Person World 2016

Pelawak Harith Iskander Juara Funniest Person World 2016
Pelawak Harith Iskander Juara Funniest Person World 2016

Berita yang sangat menggembirakan bagi seluruh rakyat Malaysia apabila Pelawak Harith Iskander Juara Funniest Person World 2016 yang baru sahaja diraih oleh beliau. Beliau telah mendapat hadiah wang sebanyak AS$100,000 (RM444,845).

Kemenangan ini telah diumumkan oleh penganjur acara melalui laman Facebook rasmi Laugh Factory. Harith Iskander telah pun memperoleh undian yang tertinggi lebih kurang empat juta undi jika dibandingkan dengan empat peserta yang lain yang turut bertanding di peringkat akhir.

Tambahan pula, kemenangan ini diperolehi hasil daripada markah dari juri yang ditambah dengan undian dari penonton menerusi atas talian. Ianya melalui klip persembahan lawak peserta menerusi laman web LaughFactory.com.

Harith Iskander telah pun bersaing dengan empat peserta akhir yang terdiri daripada Alex Calleja (Filipina), Katerina Vrana (Greece), Mino Van Nassau (India) dan David Kilimninck (Israel).

Pelawak Harith Iskander Juara Funniest Person World 2016 telah menyebabkan netizen yang rata-rata dari Malaysia telah mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau.

Pertandingan Funniest Person in The World 2016 telah mengumpulkan ramai pelawak yang datangnya dari 20 buah negara yang bersaing untuk memenangi gelaran manusia paling lawak bagi tahun 2016.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam