Pelajar dan Guru Negeri Terengganu Wakili Malaysia ke Antartika

Pelajar dan Guru Negeri Terengganu Wakili Malaysia ke Antartika
Pelajar dan Guru Negeri Terengganu Wakili Malaysia ke Antartika

Peluang keemasan yang sememangnya terbaik buat rakyat Malaysia apabila dapat menyertai ekspedisi untuk ke Antartika. Dua pelajar tingkatan lima dan seorang guru Bahasa Inggeris dari Terengganu akan mewakili negara untuk melakukan penyelidikan berkaitan ekosistem.

Tambahan pula, pelajar dan guru tersebut akan berpeluang mewakili negara dalam projek ‘Student On Ice 2015 Artic Expedition’. Projek ini dianjurkan oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (SMARF) dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Pelajar tersebut ialah Nurul Izzaidah Zulkifle berumur 17 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan (SMKTAI) dan Ahmad Amirul Farhan Zulkifli berumur 17 tahun dari SMK Agama Sheikh Abdul Malek. Guru Bahasa Inggeris ialah Roszita Mat Zin dari SMKTAI.

Projek di Antartika ini akan berjalan selama dua minggu dengan penyelidikan berkaitan ekosistem dan iklim di mana mereka akan membentangkan hasil kajian serta menjadi duta kecil dan berkongsikan projek mereka di sana di sekolah-sekolah. Semoga projek ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak dan lebih banyak lagi projek-projek yang berfaedah akan dilaksanakan pada masa depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam