Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Menara 2 Bukit Aman Terbakar

Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Menara 2 Bukit Aman Terbakar
Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Menara 2 Bukit Aman Terbakar

Kebakaran yang berlaku telah mengejutkan banyak pihak di Malaysia ini. Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah yang berada di Bangunan Menara 2 di Bukit Aman telah terbakar pada petang tadi.

Kejadian ini berlaku lebih kurang pukul 5.15 petang. Api dan kepulan asap jelas kelihatan di tingkat 9 dan 10 di menara 2.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur yang diketuai oleh Penolong Pengarah Operasi iaitu Azizah Ismail telah menyatakan bahawa pihak bomba telah menerima panggilan telefon pada pukul 5.20 petang.

Sejurus panggilan tersebut maka anggota bomba dari Hang Tuah, Sentul dan Titiwangsa telah bergegas ke tempat tersebut.

Kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan dengan baik pada pukul 7.47 malam. Punca-punca yang menyebabkan kebakaran tersebut masih disiasat dan akan dimaklumkan kemudian.

Dokumen-dokumen yang penting dalam siasatan tidak berada di menara ini tetapi hanya dokumen-dokumen lama yang tidak penting yang terbakar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam