Semakan Tawaran Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014

Pemohon boleh membuat semakan untuk mengetahui status permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk membuat semakan ini, anda boleh menggunakan : Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Lembaga Peperiksaan Semakan Melalui Laman Web : Program Matrikulasi KPM Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS : Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO. KP dan hantarkan

Bayern Munich Kalahkan Barcelona 4-0 Separuh Akhir Champions League

Bayern Munich semakin hampir beraksi dalam final Liga Juara-Juara buat kali ketiga apabila berjaya menundukkan Barcelona 4-0 pada separuh akhir pertama yang berlangsung di Allianz Arena. Thomas Mueller menyumbat dua gol pada minit ke-24 dan minit ke-82 permainan. Dua gol lagi disumbangkan oleh Mario Gomez dan pemain sayap dari Belanda, Arjen Robben masing-masing pada minit

Sebastian Vettel Juara F1 GP Bahrain

Juara Formula One Dunia iaitu Sebastian Vettel berjaya menawan Litar Lumba Antarabangsa Bahrain dan memberikan pasukan Red Bull kemenangan buat tahun kedua berturut-turut. Pelumba Jerman berusia 25 tahun mendahului 9.1 saat di hadapan pemandu pasukan Lotus, Kimi Raikkonen bagi muncul juara. Sepuluh mata diperoleh membolehkan juara dunia tiga kali itu mempertahankan kedudukannya sebagai pendahulu pendahulu

Chris Hoy Bersara Daripada Lumba Basikal

Pelumba basikal paling berjaya di Britain iaitu Chris Hoy berumur 37 tahun mengumumkan secara rasmi persaraan beliau daripada sukan berbasikal. Hoy memaklumkan bahawa beliau bersara kerana dirinya tidak lagi punya apa-apa untuk disumbang atau dibuktikan dan dengan rasmi mengumumkan bersara daripada lumba basikal. Beliau dianggap ikon sukan Britain mengakhiri kariernya dengan sejarah merangkul enam pingat

AirAsia X Buka Laluan Baru KL-Busan

AirAsia akan melancarkan destinasi antarabangsa terbaru iaitu ke Busan, Korea Selatan di mana destinasi kedua AirAsia di negara itu selepas Seoul. Penerbangan itu yang pertama menyambungkan Kuala Lumpur dan Busan. AirAsia X akan memulakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Gimhae, Busan bermula 15 Julai 2013 dengan empat penerbangan seminggu. AirAsia X menawarkan

Kubah Ais di Antartik Cepat Cair

Pencairan ais pada musim panas di sebahagian kawasan Antartik berada pada tahap paling pantas dalam tempoh 1,000 tahun mengikut laporan penyelidik Australia dan Britain. Kesan pemanasan global adalah antara faktor glasier Antartik dan bongkah ais semakin cepat cair. Penyelidik Universiti Kebangsaan Australia dan Tinjauan Antartik Britain menemui data iaitu pencairan ais 10 kali lebih pantas

Pengundian PRU 13 Hari Ahad 5 Mei 2013

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei. Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April. Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan.