Peminjam PTPTN Ingkar Disenarai CCRIS

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar. CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan. Peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan

Siak Surau Al Mujahiddin Meninggal Dunia Ketika Sujud

Seorang ahli jawatankuasa iaitu Siak Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi telah meninggal dunia dalam keadaan bersujud di surau tersebut. Beliau yang bernama Roslan ditemui sudah tidak bernyawa oleh jemaah lain surau berkenaan sewaktu sujud solat sunat Zohor. Jasad arwah yang sedang bersujud dikelilingi jemaah surau yang menyedari kematiannya.

Selangor Beri Bonus Sebulan Gaji Kepada 21,776 Kakitangan Awam

Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan bonus sebulan gaji kepada 21,776 penjawat awam negeri sempena Hari Raya Aidilfitri. Kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta dan bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini. Ianya diberikan kepada kakitangan tetap, kontrak dan sambilan.

Harimau Malaya vs Chonburi FC 0-0

Harimau Malaya bakal berhadapan dengan Chelsea pada hari Ahad ini sekadar seri tanpa jaringan ketika bertemu kelab dari Thailand, Chonburi FC. Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali tidak bermain malam tadi membuatkan anak-anak buah Datuk K.Rajagobal gagal mencipta sebarang jaringan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Mohd. Amri Yahyah, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd. Nizad Ayub

Perlindungan Perkeso Kepada Penjawat Awam Kontrak

Kerajaan dijangka membelanjakan RM30 juta setiap tahun bagi tujuan menyediakan perlindungan menerusi skim Perkeso kepada lebih 63,000 anggota perkhidmatan awam bertaraf sementara dan kontrak. Mereka layak mencarum dalam skim Perkeso mulai 1 Jun lepas yang dilindungi menurut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 serta mengikut kelayakan, terma dan syarat serta tatacara yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan

Koperasi ATM Untung RM249.09 Juta Tahun 2012

Koperasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah pun mencatat keuntungan RM249.09 juta bagi tahun kewangan 2012 berbanding RM209.51 pada tahun 2011 iaitu yang tertinggi sejak beroperasi pada tahun 1960. Koperasi tentera mengumumkan dividen sebanyak 14 peratus atau bersamaan RM119 juta kepada lebih 145,000 anggotanya pada tahun ini.

Warta Larangan Bakar Bagi Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya

Jabatan Alam Sekitar mengisytiharkan seluruh negeri Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka. Larangan tersebut berkuat kuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sebaliknya larangan tidak termasuk pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, gril atau barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar. Pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak