Berita Semasa Online - Page 45 of 56 - Berita Semasa 2018, Berita Online 2018

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 1 Nabil

Maharaja Lawak Mega 2013 minggu pertama menampilkan Nabil sebagai salah seorang daripada 16 peserta yang bersaing untuk membuat lawak kepada penonton. Pada minggu pertama ini Nabil membuat lawak berkenaan dengan burger dan mendapat 4 bintang Daia daripada juri Sheikh Haikel.

Perancis Kalahkan Ukraine 3-0 Layak Piala Dunia 2014 Brazil

Perancis kembali bangkit melawan untuk menewaskan Ukraine 3-0 dalam playoff kedua Piala Dunia 2014 dan mempunyai kelebihan agregat 3-2 seterusnya layak beraksi di pusingan akhir di Brazil pada tahun 2014. Ukraine memenangi perlawanan pertama dengan kelebihan 2-0 di stadium sendiri tetapi tidak dapat memanfaatkan peluang yang ada dan sekadar berputih mata untuk beraksi di Piala

Portugal Kalahkan Sweden 3-2 Layak Piala Dunia 2014 Brazil

Portugal layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil selepas menewaskan Sweden mengikut agregat 4-2 dalam aksi playoff. Penyerang Zlatan Ibrahimovic daripada Sweden menjaringkan dua gol untuk meletakkan kedudukan 2-1 tetapi pemain Portugal iaitu Cristiano Ronaldo muncul dengan hatrik untuk mengikat kedudukan 3-2. Pertemuan pertama sebelum ini berkesudahan Portugal menang 1-0.

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013

Faizul yang berumur 28 tahun yang berasal dari Sabah menjadi juara Akademi Fantasia 2013 pada konsert akhir di Stadium Negara. Faizul merangkul hadiah wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan sebuah trofi. Azhael memenangi tempat kedua yang membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi manakala tempat ketiga dimenangi Amira berumur 20 tahun

Kenichi Ito Lari 100 Meter Guna Kaki dan Tangan

Pelari Jepun iaitu Kenichi Ito berumur 30 tahun memecahkan rekod buku Guiness larian 100 meter menggunakan tangan dan kaki. Dia berjaya menamatkan larian dengan catatan 16.87 saat. Kenichi berlatih sejak 10 tahun lepas menggunakan keempat-empat anggota badan pada setiap hari.

Ekspo 100 Peranti Rahsia Doraemon

Ekspo 100 Peranti Rahsia Doraemon dijangka menerima pelawat seramai 700000 orang yang julung-julung kali diadakan di Malaysia dan Asia Tenggara. Viva Home Expo Hall, Kuala Lumpur menjadi tempat diadakan dari 14 Disember 2013 sehingga 31 Mac 2014 sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Tiket dijual dengan harga RM25 bagi dewasa, RM15 bagi kanak-kanak berumur empat hingga

Jambatan Pulau Pinang Ditutup Sempena Larian Antarabangsa Ahad Ini

Jambatan Pulau Pinang ditutup sementara selama 10 jam kepada semua kenderaan pada hari Ahad 17 November 2013 disebabkan acara Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang. Ia ditutup bermula pukul 1 pagi sehingga pukul 10 pagi dan beroperasi seperti biasa selepas acara tersebut. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan feri yang beroperasi 24 jam untuk masuk dan keluar daripada