Negara China Bina Teleskop Terbesar di Dunia

Negara China Bina Teleskop Terbesar di Dunia
Negara China Bina Teleskop Terbesar di Dunia

Sebuah teleskop radio terbesar di dunia telah mula dipasang oleh negara China. Teleskop tersebut mempunyai piring yang bersamaan dengan saiz 30 padang bola.

Teleskop Radio Apertur Sfera (FAST) yang mempunyai diameter sebanyak 500 meter dibina di lembah berbukit-bukau di Wilayah Guizhou yang berada di barat daya China.

Juruteknik telah pun mula memasang 4450 panel pada pemantul teleskop. Teleskop ini mengatasi teleskop Balai Cerap Arecibo yang mempunyai diameter 305 meter di Puerto Rico di Amerika Syarikat.

Tambahan pula, saintis China sebelum ini hanya bergantung kepada data terpakai yang dikumpulkan oleh pihak lain untuk melakukan kajian. Justeru, teleskop yang siap dipasang selepas ini dapat digunakan untuk mengkaji angkasa lepas.

Selain itu, teleskop besar ini akan lebih sensitif yang membolehkan menerima isyarat radio yang lebih lemah dan jauh. Beijing sedang dalam program untuk menjelajah angkasa lepas yang menjadi simbol kemajuan negara dan seterusnya dalam perancangan untuk menempatkan sebuah stesen angkasa lepas di orbit Bumi menjelang tahun 2020.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
5 Comments

Leave a Reply to sensasi2020 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam