Negara China Bina Teleskop Terbesar di Dunia

Sebuah teleskop radio terbesar di dunia telah mula dipasang oleh negara China. Teleskop tersebut mempunyai piring yang bersamaan dengan saiz 30 padang bola.
Teleskop Radio Apertur Sfera (FAST) yang mempunyai diameter sebanyak 500 meter dibina di lembah berbukit-bukau di Wilayah Guizhou yang berada di barat daya China.
Juruteknik telah pun mula memasang 4450 panel pada pemantul teleskop. Teleskop ini mengatasi teleskop Balai Cerap Arecibo yang mempunyai diameter 305 meter di Puerto Rico di Amerika Syarikat.
Tambahan pula, saintis China sebelum ini hanya bergantung kepada data terpakai yang dikumpulkan oleh pihak lain untuk melakukan kajian. Justeru, teleskop yang siap dipasang selepas ini dapat digunakan untuk mengkaji angkasa lepas.
Selain itu, teleskop besar ini akan lebih sensitif yang membolehkan menerima isyarat radio yang lebih lemah dan jauh. Beijing sedang dalam program untuk menjelajah angkasa lepas yang menjadi simbol kemajuan negara dan seterusnya dalam perancangan untuk menempatkan sebuah stesen angkasa lepas di orbit Bumi menjelang tahun 2020.

China ni sebab ada duit dan juga dukungan kerajaan China yang mahu dapatkan segala ilmu bawa masuk ke China, bila dapat semua ilmu, mereka boleh buat dan cipta apa yang mereka mahu dengan duit yang ada, terbaikk
myrujukan recently posted…Tonton Filem, Drama, TV Series Online Murah Dengan iFlix
wah…hebatnya ciptaan Cina ni… bagus dan ianya mampu menarik lebih ramai pelancong nanti..
kak yatiadam recently posted…KEBAIKAN VIVIX SHAKLEE
Negara China adalah negara paling berkuasa dalam teknologinya dan bukan masalah besar jika mereka mampu mencipta teleskop terbesar du dunia untuk siri jelajah angkasa lepas mereka di masa akan datang.
sensasi2020 recently posted…Keputusan Terkini Kelantan vs Sime Darby Liga Super 25 Julai 2015
Wah, besarnya. Negara China selalu sahaja mendahului dalam teknologi namun agak kurang terbuka dalam soal networking.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Hikmah Buat Aqiqah Bayi : Sunat Yang Sangat Dituntut
bestlah, china memang menjadi salah satu kiblat teknologi mutahir sekarang ini…..
hasan recently posted…4 Cara Mudah Mendapatkan Banyak Uang Tanpa Kerja Keras