Nanas Tertinggal Atas Meja Menjadi Pameran Karya Seni

Nanas Tertinggal Atas Meja Menjadi Pameran Karya Seni
Nanas Tertinggal Atas Meja Menjadi Pameran Karya Seni

Berita lucu yang berlaku di luar negara apabila nanas tertinggal atas meja menjadi pameran karya seni. Perkara ini dilakukan secara spontan oleh dua penuntut Universiti Robert Gordon di Aberdeen, Scotland. Mereka telah membeli nanas dan tertinggalnya di atas meja.

Ruairi Gray dan Lloyd Jack berpendapat bahawa mereka harus membeli nanas untuk menanamnya di kampus bagi mengisi masa lapang. Kampus mereka berada lebih kurang 878 kilometer dari ibu kota London.

Nanas tersebut telah dibeli di sebuah pasar raya tempatan dengan harga satu pound sterling lebih kurang RM5.60 dan membawa pulang ke asrama penginapan di pusat pengajian tersebut.

Tambahan pula, pameran karya seni sedang berlangsung di universiti ini dan mereka secara spontan telah membuat satu eksperimen yang lucu dengan meletakkan buah nanas di atas satu meja kosong.

Mereka kemudiannya telah meninggalkan nanas tersebut untuk melihat pihak mana yang akan mengambilnya atau pun mungkin pihak penganjur akan meyimpannya supaya dapat dituntut kemudiannya.

Nanas tertinggal atas meja menjadi pameran karya seni iaitu pelbagai karya-karya seni yang lain berada di iasekeliling buah nanas tersebut sama ada yang digantung, dilekatkan di dinding atau dipamerkan di atas meja khas supaya dapat ditonton oleh orang ramai.

Setelah empat hari berlalu, mereka datang semula untuk melihat nanas tersebut tetapi terkejut apabila ianya telah pun dipindahkan ke tempat yang lebih menarik seperti ianya adalah karya seni yang mempunyai nilai tinggi.

Buah nanas telah pun diletakkan di dalam kotak seperti objek yang mahal kerana disalah anggap oleh kurator bahawa ianya adalah karya seni yang hebat dan perlu dijaga dengan baik.

Mereka berdua ketawa tidak henti-henti kerana penganjur telah mengambil serius berkenaan hal tersebut dan perkara ini merupakan perkara yang paling lucu.

Penganjur pameran karya seni juga telah memaklumkan bahawa buah nanas yang diletakkan di tempat tersebut adalah merupakan suatu misteri sepanjang mana bertugas di situ.

Tiada siapa pun yang mengetahui macam mana nanas tersebut berada di situ dan ada juga bertanyakan kepada semua di sekeliling. Penganjur bersama-sama staf kebetulannya sibuk menguruskan barang-barang pameran dan selepas 10 minit kemudian mereka mendapati bahawa nanas telah diletakkan di dalam kotak kaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam