Naik Taraf Sungai Bertam Cameron Highlands Elak Banjir

Naik Taraf Sungai Bertam Cameron Highlands Elak Banjir
Naik Taraf Sungai Bertam Cameron Highlands Elak Banjir

Kerja-kerja menaik taraf Sungai Bertam akan memerlukan peruntukan sebanyak RM40 juta. Ianya dapat mengelak daripada Cameron Highlands akan mengalami kejadian banjir kilat dan tanah runtuh lagi.

Datuk Seri G. Palanivel selaku Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan bahawa peruntukan tersebut dapat mendalamkan Sungai Bertam dan melakukan pembersihan kawasan berdekatan serta menanam pokok.

Sebelum ini peruntukan sebanyak RM40 juta telah pun diluluskan untuk mengatasi banjir di Lembah Bertam. Pada masa sekarang, banjir telah berlaku sehingga ke kawasan Ringlet yang menyebabkan aliran air yang laju dan memerlukan peruntukan tambahan.

Beliau telah memohon peruntukan tersebut daripada Perdana Menteri dan juga berharap bantuan tunai RM1,000 atau RM500 seorang kepada mangsa terlibat juga dapat diluluskan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam