Muzium Lukisan 3D Terbesar di Teluk Burau Pulau Langkawi

Muzium Lukisan 3D Terbesar di Teluk Burau Pulau Langkawi
Muzium Lukisan 3D Terbesar di Teluk Burau Pulau Langkawi

Tarikan terbaru yang terdapat di Pulau Langkawi apabila siapnya Muzium Lukisan 3D yang terbesar di negara Malaysia. Muzium ini bernilai RM 17 juta yang terletak di Oriental Village, Teluk Burau yang telah pun dibuka kepada orang ramai.

Tambahan pula, muzium ini juga dikenali sebagai Art In Paradise Langkawi di mana ianya dibina di atas tapak seluas 1950 meter persegi yang bakal menjadi tarikan utama pelancong ke pulau bebas cukai.

Muzium Lukisan 3D Terbesar di Teluk Burau Pulau Langkawi
Muzium Lukisan 3D Terbesar di Teluk Burau Pulau Langkawi

Muzium ini mempunyai tiga tingkat utama yang telah pun dibahagikan kepada sembilan zon. Ianya juga merupakan muzium yang kedua terbesar di dunia. Muzium ini dibuka pada setiap hari bermula pukul 9.00 pagi sehingga pukul 6.00 petang. Harga tiket berbeza pada kanak-kanak, dewasa dan warga emas.

Selain itu, muzium ini turut dilawati oleh bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir yang berkata bahawa muzium ini menjadi tempat terbaru bagi tumpuan pelancong dan dapat menaikkan lagi nama Pulau Langkawi ke serata dunia. Keunikan lukisan yang terdapat di sini memang berkualiti tinggi yang dapat memuaskan hati pengunjung yang datang ke sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
One Comment

Leave a Reply to Adib Site Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam