Morten Frost Hansen Pengarah Teknikal Baru Persatuan Badminton Malaysia

Morten Frost Hansen Pengarah Teknikal Baru Persatuan Badminton Malaysia
Morten Frost Hansen Pengarah Teknikal Baru Persatuan Badminton Malaysia

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah pun mendapat Pengarah Teknikal yang baru iaitu Morten Frost Hansen. Beliau berkata akan menjalankan tugas yang diberikan terutamanya akan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kontrak jurulatih.

Morten Frost bakal memulakan tugas di ibu pejabat BAM yang terletak di Stadium Juara, Bukit Kiara. Aktiviti pertama yang dilakukan oleh beliau ialah mengadakan pertemuan dengan semua barisan jurulatih negara.

Tambahan pula, pertemuan tersebut juga dikenal pasti bahawa ada sesetengah daripada jurulatih akan tamat kontrak pada hujung bulan ini maka kontrak tersebut akan diselesaikan yang memakan masa selama dua minggu.

Morten Frost sebelum ini pernah menjadi pengarah kejurulatihan negara pada tahun 90-an. Beliau menyatakan bahawa akan kembali memantapkan skuad badminton Malaysia supaya dapat bersaing dengan pasukan-pasukan lain seperti China, Korea Selatan, Indonesia dan Jepun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam