Misteri 4 Remaja Hilang Dijumpai Meninggal Dunia

Misteri 4 Remaja Hilang Dijumpai Meninggal Dunia
Misteri 4 Remaja Hilang Dijumpai Meninggal Dunia

Selepas seminggu pencarian remaja maka berita terkini didapati bahawa misteri 4 remaja hilang dijumpai meninggal dunia. Kereta yang dinaiki oleh mereka telah terjunam ke dalam sungai yang berhampiran dengan ladang kelapa sawit di Felda Tenggaroh di Kilometer 42, Jalan Kota Tinggi-Mersing.

Tambahan pula, kereta Honda Accord yang dinaiki oleh mereka yang bernombor plat JEB 9978 ditemui oleh pekerja di ladang tersebut seterusnya pekerja ladang tersebut menghubungi polis.

Deputi Superitendan M. Kumar yang merupakan Ketua Polis Daerah Mersing telah berkata bahawa terdapat 4 orang mangsa di dalam kereta dan mayat telah dibawa ke Hospital Mersing.

Siasatan yang lanjut masih lagi dijalankan dan keterangan daripada keluarga remaja akan didapatkan selepas proses pengecaman dibuat.

4 orang remaja tersebut telah dilaporkan hilang semasa dalam perjalanan dari rumah di Bandar Seri Alam di Johor ke Terengganu untuk bercuti.

Kesemua mereka berumur 21 tahun yang bernama Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa.

Misteri 4 remaja hilang dijumpai meninggal dunia dipercayai bertolak dari Bandar Seri Alam pada pukul 9.30 malam pada hari Rabu melalui jalan Johor Bahru-Kota Tinggi-Mersing-Rompin untuk pergi bercuti di negeri Terengganu.

Walaupun begitu, mereka gagal dihubungi pada pukul 11.30 malam melalui talian telefon bimbit selepas 2 jam bertolak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam