Mesin Vending Beli Kereta Pertama di Dunia

Mesin Vending Beli Kereta Pertama di Dunia
Mesin Vending Beli Kereta Pertama di Dunia

Syarikat kereta terpakai di Tennessee, Amerika Syarikat telah melakukan suatu yang kreatif dengan menghasilkan mesin vending beli kereta pertama di dunia. Perkara ini merupakan sesuatu yang hebat di mana para pelanggan boleh mendapatkan kereta idaman dengan cara yang terbaik.

Tambahan pula, syarikat Carvana ini menggunapakai operasi yang lebih kurang sama dengan vending mesin yang lain. Pelanggan perlu memasukkan duit untuk mendapatkan barang yang diingini oleh mereka.

Penambahbaikan sentiasa dilakukan oleh syarikat ini bagi memastikan mereka dapat melakukan proses pembelian kereta yang paling mudah, ekspres dan cepat.

Mesin vending beli kereta pertama di dunia merupakan yang tercanggih di dunia dengan menawarkan pelbagai jenis kereta yang diminati oleh pelanggan. Selain itu, duit syiling juga direka khas oleh syarikat berkenaan hanya untuk mesin vending kereta tersebut.

Lima tingkat menara kaca terdapat pada mesin tersebut di mana boleh menampung sebanyak 20 buah kereta pada satu-satu masa.

Para pelanggan boleh mendapatkan maklumat kereta yang ingin dibeli di laman web syarikat Carvana, membuat pembayaran dan mengambilnya di mesin vending kereta ini di mana telah menjimatkan kos penghantaran kenderaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam