Menara Jeddah Tertinggi Dunia Di Arab Saudi Bakal Siap Tahun 2019

Menara Jeddah Tertinggi Dunia Di Arab Saudi Bakal Siap Tahun 2019
Menara Jeddah Tertinggi Dunia Di Arab Saudi Bakal Siap Tahun 2019

Berita yang sememangnya di tunggu-tunggu oleh semua penduduk di dunia apabila Menara Jeddah Tertinggi Dunia Di Arab Saudi Bakal Siap Tahun 2019.

Pembinaan bangunan yang tertinggi di dunia ini telah pun ditunda sehingga tahun 2019. Berita ini telah dinyatakan oleh bilionair Arab Saudi setelah hampir enam tahun projek itu telah dilancarkan.

Tambahan pula, Menara Jeddah ini bakal dibina dengan mempunyai ketinggian 1,005 meter akan mengambil alih tempat pertama menara tertinggi di dunia yang sekarang ini dipegang oleh Burj Khalifa di Dubai dengan ketinggian 828 meter.

Projek mega ini terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tertentu tetapi ianya dijangka akan dibuka secara rasmi pada tahun 2019 menurut Putera Alwaleed Talal yang mengunjungi tapak pembinaan menara yang berada bersebelahan dengan Laut Merah.

Putera Alwaleed Talal adalah berperanan sebagai Pengerusi Kingdom Holding Co. yang menjalankan kerjasama dengan Syarikat Ekonomi Jeddah yang bekerja keras bagi membangunkan menara tertinggi dunia yang akan mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.

Menara Jeddah Tertinggi Dunia Di Arab Saudi Bakal Siap Tahun 2019 akan mempunyai sebanyak 170 tingkat yang memiliki kemudahan yang terbaik dengan adanya hotel, tempat tinggal, pejabat dan juga ruang luar untuk dikunjungi oleh para pelancong.

Projek tersebut menelan belanja sebanyak AS$1.2 bilion (RM5.21 bilion) tetapi disebabkan oleh tertundanya projek ini ianya telah meningkat kepada AS$2 bilion (RM8.68 bilion).

Projek berkenaan Menara Jeddah ini secara umumnya telah dilancarkan pada bulan Ogos tahun 2011 oleh Putera Alwaleed di mana telah dikatakan hanya mengambil masa selama 36 bulan untuk disiapkan selepas pembinaan bermula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam