Manchester United Mahu Beli Penyerang Harry Kane

harry kane tottenham hotspur
Manchester United Mahu Beli Penyerang Harry Kane

Musim bola sepak bagi tahun 2014/2015 bakal berakhir beberapa hari lagi dengan kelab Chelsea telah pun memenangi Liga Perdana Inggeris. Bagi musim hadapan tahun 2015/2016 pula kelab Manchester United yang bakal bersaing dalam Liga Juara-Juara bakal mengorak langkah untuk memantapkan lagi pasukan.

Pengurus Manchester United iaitu Louis Van Gaal akan berusaha untuk mendapatkan penyerang Tottenham Hotspur iaitu Harry Kane apabila jendela perpindahan dibuka pada bulan Jun 2015.

Tambahan pula, Manchester United juga bakal memerlukan penyerang, pertahanan kiri dan kanan serta pemain tengah untuk merancang strategi bagi memenangi banyak kejohanan pada musim baru.

Manchester United telah pun berjaya mendapatkan pemain sayap iaitu Memphis Depay daripada PSV Eindhoven dan United juga bakal mengumpan Harry Kane dengan kontrak yang menarik selama lima tahun.

Harry Kane yang baru sahaja berumur 21 tahun telah mencetuskan fenomenan di Liga Perdana Inggeris dengan menjadi pemain termuda yang telah pun menjaringkan 30 gol hanya dalam satu musim.

Dana sebanyak £150 juta (RM844 juta) juga telah disediakan untuk dibelanjakan oleh pasukan Manchester United. Selain itu, Manchester United juga akan berusaha untuk membawa masuk Gareth Bale dengan kemungkinan akan mencipta rekod antara perpindahan yang paling mahal di dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam