Manchester United Lancar Jersi Baharu Musim 2015/2016 Jenama Adidas

Manchester United Lancar Jersi Baharu Musim 2015/2016 Jenama Adidas
Manchester United Lancar Jersi Baharu Musim 2015/2016 Jenama Adidas

Kelab Manchester United baru sahaja melancarkan jersi baharu yang kali ini bersama penaja Adidas. Jersi ini merupakan kali pertama dikeluarkan oleh Adidas setelah mengikat kontrak sebanyak RM 4.4 bilion yang merupakan rekod dunia. Semestinya ianya akan membawa semua peminat Manchester United mengimbas kembali fenomena jersi ini ke tahun 80an.

Jersi ini yang mempunyai warna merah dengan rekaan yang ringkas dengan kolar putih berbentuk V dan tiga jalur klasik turun ke bawah di bahagian bahu. Jersi ini hampir mempunyai persamaan dengan kita Adidas lebih kurang 30 tahun yang lalu.

Kit ini mempunyai motto tersendiri iaitu ‘Breaking Expectations‘ akan mula dijual di beberapa lokasi terpilih di sekitar Manchester dan London dengan dilancarkan oleh Daley Blind dan Phil Jones.

Megastore United di Old Trafford yang ditutup sebelum ini selama seminggu kerana peralihan daripada penaja Nike kepada penaja Adidas dijangka akan dibuka semula pada minggu ini untuk menjual kit terkini kepada peminat.

Kit baharu ini mempunyai perjalanannya yang tersendiri selaras dengan inspirasi pada masa lalu yang menjadi kit ikon bagi meningkatkan semangat pemain Manchester United untuk mencapai kejuaraan pada musim ini.

Rekod dunia yang melibatkan penaja Adidas dengan Manchester United merupakan perkara yang begitu hebat dan semua pihak di United sangat berbangga dengan rekaan klasik jersi ini. Kit-kit ini boleh diperolehi dengan harga yang tertentu seperti mana harga-harga di bawah yang boleh didapatkan oleh semua peminat Manchester United.

Harga kit baharu Manchester United

Baju lengan pendek – STG60 (RM358.20)

Baju lengan pendek (kanak-kanak) – STG50 (RM298.50)

Baju lengan pendek (wanita) – STG55 (RM328.30)

Seluar pendek – STG25 (RM149.20)

Seluar pendek (kanak-kanak) – STG20 (RM119.4)

Sarung kaki (hitam atau putih) – STG12 (RM71.00)

Kit lengkap beraksi di gelanggang sendiri (baju, seluar pendek dan sarung kaki – STG97 (RM579.10)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam