Malindo Air Terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah

Malindo Air Terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah
Malindo Air Terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah

Syarikat penerbangan hibrid pertama negara iaitu Malindo Air telah pun meluaskan penerbangan dari Subang, Selangor ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah di Ipoh. Perkara ini akan membantu meningkatkan lagi pertumbuhan sektor ekonomi dan pelancongan negeri Perak.

Sebelum ini di Ipoh hanya mempunyai satu penerbangan sahaja dalam tempoh beberapa tahun lalu diuruskan oleh syarikat penerbangan Firefly.

Malindo Air yang baru beroperasi di lapangan terbang ini bakal memperbanyakkan lagi penerbangan ke negeri Perak. Tambahan pula, industri pelancongan dan ekonomi akan ditingkatkan seterusnya syarikat ini dapat meluaskan penerbangan dari Ipoh ke destinasi-destinasi lain.

Seramai 57 penumpang telah menaiki penerbangan sulung Malindo Air dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam