Luis Suarez Pemain Uruguay Digantung 9 Perlawanan Oleh FIFA

Luis Suarez Pemain Uruguay Digantung 9 Perlawanan Oleh FIFA

Luis Suarez Pemain Uruguay Digantung 9 Perlawanan Oleh FIFA
Luis Suarez Pemain Uruguay Digantung 9 Perlawanan Oleh FIFA

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau pun FIFA telah secara rasminya menggantung penyerang Uruguay iaitu Luis Suarez sebanyak sembilan perlawanan kerana bersalah menggigit pemain Itali iaitu Giorgio Chiellini semasa perlawanan antara Itali dan Uruguay Piala Dunia 2014.

Jawatankuasa Tatatertib FIFA menyatakan Luis Suarez telah melanggar Artikel 48, Perenggan 1(D), Kod Tatatertib FIFA (serangan) dan Artikel 57 FDC (melakukan satu tindakan tidak melambangkan semangat kesukanan ke atas pemain lain).

Luis Suarez bakal digantung sembilan perlawanan rasmi dan selama empat bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak. Penggantungan pertama perlawanan bermula ketika perlawanan Piala Dunia FIFA antara Colombia dengan Uruguay pada 28 Jun 2014.

Luis Suárez juga pemain Liverpool FC didenda sebanyak RM359,833 dan Uruguay telah pun dimaklumkan berkenaan perkara ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam