Logo Rasmi FIFA Piala Dunia 2018 Rusia

Logo Rasmi FIFA Piala Dunia 2018 Rusia

Logo Rasmi FIFA Piala Dunia 2018 Rusia
Logo Rasmi FIFA Piala Dunia 2018 Rusia

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa iaitu FIFA telah pun melancarkan logo rasmi bagi Piala Dunia 2018 di Rusia.

Majlis yang telah pun diadakan di Moscow telah pun dihadiri oleh Presiden FIFA iaitu Sepp Blatter, ketua pasukan juara Piala Dunia 2006 iaitu Fabio Cannavaro dan pengerusi jawatankuasa penganjur tempatan iaitu Vitaly Mutko.

Logo yang telah dicorakkan dengan warna bendera Rusia iaitu merah dan biru dikelilingi oleh warna emas. Ianya berbentuk trofi Piala Dunia yang dipancarkan pada dinding bangunan ikonik iaitu Bolshoi Theatre.

Tambahan pula, gimik pelancaran tersebut dilakukan oleh tiga angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang memegang logo di hadapan kamera yang seterusnya dipancarkan ke arah dinding bangunan.

Rusia bakal menggunakan 12 stadium di 11 bandar yang berbeza. Piala Dunia 2018 dijangka berlangsung mulai Jun sehingga Julai 2018 dan Berita Semasa Online mengharapkan kejohanan ini akan melahirkan bakat-bakat baru serta pasukan bersaing dengan sengit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam