Lima Jenazah Mangsa MH17 Dibawa Pulang 3 Oktober 2014

Lima Jenazah Mangsa MH17 Dibawa Pulang 3 Oktober 2014

Lima Jenazah Mangsa MH17 Dibawa Pulang 3 Oktober 2014
Lima Jenazah Mangsa MH17 Dibawa Pulang 3 Oktober 2014

Lima lagi jenazah mangsa MH17 dibawa pulang dengan menggunakan Pesawat MH19. Pesawat tersebut tiba pada pukul 8.30 pagi tadi di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Jenazah tersebut ialah Matthew Ezekial Sivagnanam, pasangan suami isteri Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen, Meling Anak Mula dan Allahyarham Muhammad Afruz Tambi.

Tiga jenazah berada di dalam keranda manakala dua jenazah pasangan suami isteri iaitu Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen dibawa dalam bekas abu.

Satu kenderaan jenazah sahaja digunakan untuk membawa dua bekas abu tersebut atas permintaan keluarga mangsa.

Bekas abu Yau Chee dan Kiah Yeen dibawa ke Nirvana Sungai Besi manakala jenazah Matthew dibawa ke St. Fatima Church di Brickfields.

Jenazah Muhammad Afruz dan Meling Anak Mula telah diterbangkan menggunakan pesawat C130 ke Kuching dan Bintulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam