Lebuhraya Pantai Timur 1 Dibuka Untuk Semua Kenderaan

Lebuhraya Pantai Timur 1 Dibuka Untuk Semua Kenderaan

Lebuhraya Pantai Timur 1 Dibuka Untuk Semua Kenderaan
Lebuhraya Pantai Timur 1 Dibuka Untuk Semua Kenderaan

 

Pihak ANIH Berhad telah memaklumkan bahawa Lebuhraya Pantai Timur 1 iaitu LPT1 yang bermula dari Plaza Tol Karak ke Plaza Tol Jabor sudah boleh dilalui oleh semua kenderaan. Ini disebabkan banjir yang berlaku di kawasan tertentu sudah pun surut dan selamat untuk dilalui.

Tambahan pula, pihak lebuh raya juga memaklumkan bahawa Kilometer 125 sehingga 126.9 yang berhampiran Temerloh hanya dibuka satu lorong sahaja untuk semua kenderaan di kedua-dua arah.

Semua pemandu mestilah mengikut papan tanda yang telah disediakan untuk keselamatan semua bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang pertanyaan daripada pengguna boleh dibuat melalui talian 03-61951474, 03-61951250, 03-61951266 dan 03-61951121 semasa waktu berkerja atau pun melalui @lpttrafik bagi mendapatkan maklumat yang terbaru berkaitan dengan keadaan trafik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam