Lebih 3,000 Hadir Sambut Jenazah Dua Wira Negara

Lebih 3,000 Hadir Sambut Jenazah Dua Wira Negara

Lebih 3,000 Hadir Sambut Jenazah Dua Wira Negara

Lebih 3,000 hadir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi menyambut ketibaan jenazah dua pahlawan negara Jenazah Kpl Ahmad Hurairah Ismail dan Kpl Ahmad Farhan Ruslan yang gugur dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Jenazah tiba dengan pesawat Charlie C-130 pada pukul 9.55 pagi yang disambut Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Kedua-dua jenazah dibawa ke hangar bagi diberikan penghormatan sebelum dibawa dengan van jenazah ke kampung halaman masing-masing iaitu jenazah Ahmad Hurairah dibawa ke rumah ibu bapanya di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang.

Jenazah Ahmad Farhan pula dibawa ke rumah ibu bapanya di Perumahan Desa Darulnaim II, Pasir Tumboh dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Tumbuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam