Larian Baton Sukan Komanwel Gold Coast 2018 di Kuala Lumpur

Larian Baton Sukan Komanwel Gold Coast 2018 di Kuala Lumpur

Larian Baton Sukan Komanwel Gold Coast 2018 di Kuala Lumpur
Larian Baton Sukan Komanwel Gold Coast 2018 di Kuala Lumpur

Berita yang menarik apabila terdapat Larian Baton Sukan Komanwel Gold Coast 2018 di Kuala Lumpur. Ianya melibatkan lebih kurang 300 peserta termasuk pemenang pingat Sukan Komanwel yang berlangsung dengan meriah di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Larian Baton ini adalah melibatkan jarak sehauh 1.3 kilometer iaitu mengelilingi stadium yang bermula di Dataran Keris dengan lima kumpulan yang terdiri daripada badan induk sukan negara, delegasi Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, pemenang pingat terdahulu dan atlet kebangsaan mengikut berita yang terkini.

Individu-individu penting yang telah pun terlibat dalam acara ini termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara Dr Khairi Zawi, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan wakil Persekutuan Sukan Komanwel Datuk Dr M. Jegathesan.

Sidang media yang telah dilaksanakan dan menurut Presiden Persekutuan Sukan Komanwel Malaysia Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar ianya begitu istimewa kerana perayaan Deepavali yang diadakan dalam minggu yang sama. Larian baton adalah satu daripada 70 atau lebih pusingan larian baton dan telah diadakan banyak kali di sini.

Tambahan pula, Rod Smith yang merupakan seorang Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia menyatakan bahawa kontinjen Malaysia akan memberikan saingan yang sengit kepada atlet sukan yang lain berdasarkan pencapaian yang terbaik semasa Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Larian Baton Sukan Komanwel Gold Coast 2018 di Kuala Lumpur di mana baton terbabit telah dilengkapkan dengan sistem pengesan kedudukan global (GPS) supaya dapat mengesan baton selama 24 jam sehari melalui Internet sepanjang mengelilingi dunia dan seterusnya akan bergerak ke Brunei pula.

Baton Sukan Komanwel Gold Coast 2018 akan dibawa sejauh 230,000 km selama 388 hari menerusi 70 negara Komanwel sebelum tiba di Australia. Mesej Ratu Elizabeth II akan dibaca pada majlis pembukaan rasmi CG2018 pada 4 April 2018.

Sukan Komanwel Gold Coast 2018 akan berlangsung di Gold Coast, Queensland, Australia yang akan bermula dari 4 hingga 18 April 2018.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam