Kuota Jemaah Haji Seluruh Dunia Kekal Kurang Tahun 2015

Kuota Jemaah Haji Seluruh Dunia Kekal Kurang Tahun 2015
Kuota Jemaah Haji Seluruh Dunia Kekal Kurang Tahun 2015

Keputusan bagi mengurangkan kuota haji oleh kerajaan Arab Saudi tetap dilaksanakan kepada semua negara Islam di seluruh dunia yang ingin menunaikan ibadat haji pada tahun 2015.

Perkara ini telah dinyatakan oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri di mana Malaysia hanya dibenarkan menghantar 22,30 jemaah sahaja iaitu dikurangkan 20 peratus daripada 29,000 jemaah.

Tambahan pula, perkara ini berlaku disebabkan kerajaan Arab Saudi sedang melaksanakan kerja-kerja pembesaran Masjidil Haram. Mereka ingin mengutamakan keselesaan dan keselamatan jemaah haji dan dijangka kerja-kerja tersebut akan disiapkan pada tahun hadapan.

Pihak kerajaan Malaysia telah menghantar surat kepada Raja Salman di mana ingin meminta supaya kuota dapat ditambah supaya dapat memendekkan tempoh menunggu bakal jemaah haji Malaysia yang terdapat lebih kurang 1.7 juta orang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam