KFC Jual Burger Ayam Merah Jambu di China

KFC Jual Burger Ayam Merah Jambu di China
KFC Jual Burger Ayam Merah Jambu di China

Kentucky Fried Chicken (KFC) di China telah melakukan suatu perkara yang inovatif yang unik dan baru kepada pelanggan. Restoran makanan segera KFC tersebut telah menghasilkan menu burger yang berlainan daripada biasa.

Menu burger ayam tersebut berwarna merah jambu telah menjadi perbualan hangat di media sosial sejak akhir-akhir ini. KFC melakukan perkara tersebut bagi menarik kembali pelanggan untuk membeli hasil produk sejak mengalami kemerosotan jualan sejak tiga tahun yang lalu.

Tambahan pula, roti burger yang unik tersebut telah diletakkan dengan ayam panggang, keju, mayonis, tomato dan timun. Keju yang digunakan itu dipercayai mempunyai perisa ros.

Selain itu, satu set burger merah jambu tersebut telah dijual pada harga 17 Yuan iaitu bersamaan dengan RM 10.60. Burger tersebut dihasilkan bagi menarik minat golongan wanita untuk membelinya dan turut juga dijual adalah burger yang berwarna hitam.

Burger-burger sebegini akan merancakkan lagi industri burger di dunia dan dapat menjadi contoh dalam menghasilkan burger yang terbaik untuk dimakan oleh penggemar-penggemar burger.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam