Kementerian Pendidikan Tangguh Sesi Persekolahan 2015

Kementerian Pendidikan Tangguh Sesi Persekolahan 2015

Kementerian Pendidikan Tangguh Sesi Persekolahan 2015
Kementerian Pendidikan Tangguh Sesi Persekolahan 2015

 

Sesi persekolahan bagi tahun 2015 akan ditangguhkan selama seminggu seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan.

Tarikh baru bagi sesi persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah bermula pada 11 Januari 2015 manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015.

Perkara ini dilakukan bagi memastikan sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai tempat pemindahan atau ditenggelami air dapat beroperasi dalam keadaan yang terbaik setelah sesi persekolahan dimulakan semula.

Tambahan pula, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar yang terlibat dengan keadaan banjir dapat memulihkan diri dan membuat persiapan yang secukupnya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan telah memaklumkan bahawa setelah banjir telah pulih maka pihak sekolah dapat menggunakan tempoh tersebut untuk bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

Menurut beliau lagi bahawa persekolahan yang ditangguhkan tersebut tidak perlu digantikan bagi memastikan persekolahan dapat dijalankan dengan lancar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam