Kapten James Anthony Tan Juruterbang Muda Catat Rekod Dunia

Kapten James Anthony Tan Juruterbang Muda Catat Rekod Dunia

Kapten James Anthony Tan berumur 21 tahun berjaya memecah rekod dunia sebagai juruterbang termuda mengelilingi dunia secara solo selama 48 hari menggunakan pesawat Cessna P210 Eagle bernama Semangat Malaysia.

James berasal dari Kajang berlepas dari Terminal Subang Skypark pada 28 Mac lalu untuk memenuhi cabaran Misi 1Malaysia Kelilingi Dunia (1RTW).

Pencapaian juruterbang muda negara mengelilingi dunia sejauh 20,597 batu nautika (38,146 kilometer) dengan meliputi 20 buah negara dan 30 hentian dicatat dalam Guinness World Records dan Malaysia Book of Records.

Beliau tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengasas Malaysia Book of Records, Datuk Danny Ooi juga turut hadir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is caring!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam